Kecantikan: Kunci Anda ke Pintu Peluang
Industri kecantikan terus berkembang, mewujudkan peluang baharu bagi mereka yang ingin menukarkan minat dalam bidang kecantikan kepada sebuah perniagaan. Menurut McKinsey, pasaran kecantikan global dijangka mencapai kira-kira AS$590 bilion menjelang tahun 2030, dengan pertumbuhan pasaran sekitar 5% setahun.
Bagi seseorang yang mahu menceburi industri ini, pertumbuhan pasaran hanyalah satu permulaan. Persoalan yang lebih besar ialah: Bolehkah minat anda terhadap kecantikan menjadi titik permulaan kepada sesuatu yang lebih bermakna?
Membina perniagaan kecantikan dari asas boleh merangkumi pembangunan produk, membina jenama, memahami keperluan pelanggan, menghasilkan kandungan pendidikan, membina komuniti, serta menyediakan sokongan perniagaan yang tepat.
Bagaimana jika sebahagian besar asas tersebut telah pun sedia ada?
Di sinilah BE International menyediakan titik permulaan yang berbeza.


Mulakan Langkah Dengan Jenama Kecantikan yang Sedang Melangkah Maju
Bengkel Journey of Beauty (JOB) telah menghimpunkan lebih daripada 1,500 peserta dari Malaysia, Singapura, Brunei, dan Hong Kong, menerusi program yang direka untuk menghubungkan pengetahuan kecantikan, pengalaman produk, dan peluang perniagaan.
Daripada memahami trend kecantikan yang sentiasa berubah hingga mempelajari cara memahami keperluan kulit dengan lebih baik, bengkel ini meneroka pengetahuan yang boleh membantu menukarkan minat terhadap kecantikan menjadi perbualan dan pengalaman yang bermakna.
BEYUL menjadi teras utama kepada pengalaman tersebut.
Para peserta meneroka falsafah di sebalik Rangkaian BEYUL Hydrating, termasuk peranan γ-PGA dan posbiotik, di samping demonstrasi penjagaan kulit secara profesional.
Program ini turut memperkenalkan Rangkaian BEYUL Revital Perfecting yang baharu dilancarkan, menampilkan teknologi spikul berpaten dan penyerapan nano lipid berpaten sebagai sebahagian daripada pendekatan 'Generasi Baharu' ke arah 'Kecantikan Abadi'.
Pengiktirafan BEYUL yang kian meningkat dalam Daily Vanity Beauty Awards 2026 turut memberi keyakinan tambahan buat sesiapa yang mempertimbangkan untuk menceburi bidang kecantikan. Ini bermakna seorang usahawan baharu tidak perlu bermula dengan rak yang kosong dan sekadar satu idea.
Anda boleh bermula dengan jenama kecantikan yang telah pun dilaburkan, dibangunkan, dan dibawa ke lebih banyak pasaran oleh BE.
Jadikan Kecantikan Sebagai Peluang
Kecantikan adalah sesuatu yang amat peribadi. Orang ramai mahu memahami kulit mereka, menemui produk yang sesuai dengan keperluan mereka, dan mencubanya sendiri sebelum menentukan produk pilihan dalam rutin harian mereka.
Itulah sebabnya JOB melangkaui sekadar pengenalan produk. Topik yang dibincangkan merangkumi pelbagai aspek, daripada perbezaan antara penghidratan (hydration) dan pelembapan (moisturisation), sehinggalah punca bermulanya penuaan kulit serta kepentingan penjagaan kulit seawal mungkin. Para peserta turut meneroka bagaimana pengalaman menggunakan produk boleh menjadi cara yang semula jadi untuk memperkenalkan penyelesaian kecantikan kepada orang lain.
Dengan asas yang kukuh, menukarkan peluang menjadi perniagaan adalah satu perjalanan yang dibina langkah demi langkah. Di BE, perjalanan ini dipandu oleh 7 Langkah Kejayaan: bermula dengan merasai sendiri pengalaman produk dan membina keyakinan yang tulen, diikuti dengan pembelajaran berterusan, perjumpaan, menetapkan matlamat yang jelas, berkongsi, susulan, dan perkhidmatan. Yang paling penting, langkah-langkah ini direka untuk diulangi secara konsisten seiring dengan pertumbuhan anda.
Di BE, ia adalah mengenai berkongsi perniagaan, bukan sekadar menjual perniagaan; setiap langkah membolehkan anda membina pengetahuan, keyakinan, dan hubungan sambil anda membangunkan perniagaan sendiri.
Bina di Atas Sistem yang Telah Terbina
Memulakan perniagaan tidak bermakna anda perlu membina setiap bahagian daripadanya secara bersendirian.
BE International menyediakan persekitaran perniagaan yang mantap yang menggabungkan produk, pendidikan, latihan, bimbingan (mentorship), dan komuniti global Independent Business Owner (IBO).
Menerusi Pelan Pemasaran BE dan Pendidikan Sistem yang terbukti berkesan, IBO baharu boleh mempelajari cara membangunkan perniagaan mereka sambil membina pengetahuan dan keyakinan sepanjang perjalanan tersebut.
Selain itu, dengan kos permulaan yang rendah iaitu RM60 (atau SG$20 / BN$20 / HK$100 / Rp200,000), pendekatan “One World, One System” BE membantu anda meluaskan perniagaan ke pasaran global termasuk Malaysia, Singapura, Brunei, Hong Kong, dan Indonesia, tanpa perlu risau tentang stok dan penghantaran.
Anda tidak bermula dari sifar. Anda bermula dengan jenama yang telah sedia terbina, portfolio produk yang terus berkembang, dan sistem yang direka khusus untuk membantu orang ramai belajar dan berkembang.
Lebih Daripada Sekadar Perniagaan Kecantikan
Bagi ramai orang, keusahawanan bukan sekadar menjana pendapatan daripada produk. Ia juga mengenai membina sesuatu milik sendiri dan mengasah kemahiran baharu sepanjang perjalanan tersebut.
Menerusi 9 Manfaat BE, IBO yang layak boleh berusaha untuk mencapai pelbagai ganjaran, termasuk Dana Kereta, Dana Rumah, pengalaman eksklusif BE Lifestyle Travel (BELT), pengiktirafan kepimpinan, dan banyak lagi. Setiap manfaat direka untuk mengiktiraf kemajuan yang dicapai sepanjang perjalanan ini serta memberi dorongan kepada IBO untuk terus mencapai lebih banyak kejayaan seiring dengan perkembangan perniagaan mereka.
Selain pertumbuhan perniagaan, perjalanan ini turut membuka pintu kepada pembangunan diri, pengalaman baharu, dan potensi kewangan yang lebih luas, sekali gus membolehkan anda membina perniagaan yang mampu menjadi sebahagian daripada visi kehidupan yang lebih besar.
Apa yang disediakan oleh BE adalah asasnya, dan apa yang anda bina di atas asas tersebut adalah perjalanan anda.
Kecantikan Boleh Menjadi Permulaan
JOB telah menghimpunkan pelbagai elemen penting dalam memulakan perniagaan kecantikan: produk, pengetahuan, pengalaman, pendidikan, insan, dan jenama yang mempunyai ruang luas untuk berkembang. Lebih penting lagi, ia mencerminkan pelaburan berterusan BE International dalam bidang kecantikan.
Daripada Rangkaian BEYUL Hydrating yang mantap sehinggalah Rangkaian BEYUL Revital Perfecting yang baharu dilancarkan, BE terus meluaskan portfolio kecantikannya sambil mencipta lebih banyak peluang untuk orang ramai mempelajari mengenai kecantikan dan membina perniagaan di sekelilingnya.
Jadi, jika anda pernah berfikir untuk menceburi industri kecantikan, mungkin anda tidak perlu bermula dengan bertanya, “Bagaimanakah untuk saya membina segala-galanya dari sifar?”
Anda boleh bermula dengan bertanya:
“Apakah yang boleh saya bina sekiranya asas yang tepat telah pun sedia ada?”
Kecantikan boleh menjadi permulaan anda, dan bersama BE International, permulaan itu boleh berkembang menjadi sesuatu milik anda sendiri.
Adakah anda bersedia untuk meneroka peluang keemasan ini? Hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara menjadi seorang IBO dan memulakan perjalanan perniagaan anda bersama BE International.
Penafian: Angka pendapatan yang dinyatakan adalah untuk tujuan ilustrasi. Pendapatan sebenar berbeza-beza berdasarkan usaha individu, kemahiran, dan keadaan pasaran.